Wednesday, 20 July 2011

SAMBUTAN BULAN MEMBACA 2011


Program Sambutan Bulan Membaca ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sungai Udang. Bulan membaca juga merupakan aktiviti yang penting di peringkat kebangsaan. Ini kerana,pada setiap bulan Julai adalah dikenali sebagai bulan Membaca.Oleh itu, kempen galakkan membaca bagi setiap warga sekolah perlu diterapkan bagi memupuk amalan tabiat membaca kepada murid. Program ini bermula dari 01 hingga 30 Julai 2011
Matlamat Program :
  •   mewujudkan budaya membaca serta cintakan ilmu dikalangan warga SK Sungai Udang
Objektif Program ini :
  • Menarik minat murid untuk membaca sebagai tabiat yang murni
  • Memberitahu kepada semua warga sekolah bahawa Julai merupakan bulan PSS dan Bulan Membaca
  • Menggalakkan penggunaan Pusat Sumber sekolah kepada semua warga SKSU
  • Merealisasikan fungsi PSS sebagai nadi sekolah.










No comments:

Post a Comment